Kerjaya Najib Asaddok

Antara bidang perniagaan yang pernah beliau ceburi adalah menjual minyak hitam, menjual penapis air, dan menjual berbagai lagi produk kesihatan.

Momentum Internet Sdn Bhd

Pada tahun 2014, Najib Asaddok memulakan langkah berserta ilmu dan pengalaman yang dimilikinya untuk membantu lebih ramai usahawan dalam bidang pemasaran digital dan penghasilan kandungan di media sosial untuk membangunkan jenama dengan lebih kukuh.

Sebagai pengasas Momentum Internet Sdn Bhd, beliau sentiasa berusaha memimpin syarikat ini ke arah mencapai kejayaan yang lebih besar. Melalui kombinasi pengalaman praktikal dan pembelajaran secara formal, beliau menguruskan operasi syarikat, merancang dan melaksanakan strategi pemasaran yang berkesan, serta memimpin pasukan dengan berkesan.

Momentum Digital Sdn Bhd

Dengan memahami isu-isu yang dihadapi oleh usahawan dalam menerajui transformasi digital bagi perniagaan mereka, beliau bertekad untuk memperkuat pertumbuhan melalui strategi digital.

Oleh itu, Momentum Digital Sdn Bhd ditubuhkan dengan matlamat untuk membantu usahawan dalam pengurusan media sosial, pembangunan web korporat, pemasaran email, penyusunan marketing funnel dan media produksi. Melalui Momentum Digital Sdn Bhd, beliau berusaha untuk membantu perniagaan menghadapi cabaran digital dengan memperkenalkan strategi dan inovasi digital yang relevan.